Categories: Trending

Individu Degil Patuhi SOP, KKM Dan PDRM Bakal Lakukan Pemeriksaan Mengejut

Masih ada yang degil!

Semua individu yang gagal mematuhi SOP akan dikenakan tindakan tegas. Ini bagi memastikan mereka tidak menjadi punca kepada penularan wabak Covid-19.

Justeru itu, pihak KKM dan PDRM membuat 2, 018 pemeriksaan mengejut ke atas pesakit yang dikuarantin di rumah (PUS).

Tiada kompromi!

Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan memandang serius isu mengenai insiden ketidakpatuhan SOP kuarantin di rumah.

Justeru itu, PDRM tidak lagi berkompromi dan akan mengambil tindakan mengikut Seksyen 22(B) Akta 342 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 terutamanya keatas 31 individu yang gagal patuhi SOP kuarantin di rumah termasuk keluar dari rumah.

Seramai 6,473 individu pulang ke tanah air, 18 positif Covid-19

Tambahnya lagi, seramai 6,473 individu pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan mendapati 18 individu berkenaan didapati positif Covid-19.

Terdahulu, kesemua individu berkenaan ditempatkan di 26 hotel serta 5 Institut Latihan Awam (ILA)

Salma Syahbuddin