Categories: FeaturedTrending

Isteri TMJ selamat melahirkan anak lelaki

Ada berita yang menggembirakan!

Awal pagi tadi, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan isterinya, Che’ Puan Khaleeda Bustamam menyambut kelahiran anakanda ketiga!

Berita ini dikongsikan awal pagi tadi (17 Julai) menerusi akaun Facebook rasmi TMJ dengan keterangan: “Alhamdulillah. YM Che Puan Khaleeda telah selamat melahirkan seorang Putera Raja. Allah Peliharakan Sultan.”

Tahniah diucapkan kepada pasangan ini!

Buat masa ini, nama Putera kecil ini belum lagi dikongsikan, justeru kita nantikan pengumuman oleh keluarga Diraja Johor dalam masa terdekat.

Tunku Ismail, 35 dan Che’ Puan Khaleeda, 27 mendirikan rumah tangga mereka pada Oktober, 2014 di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Pada Jun, 2015, mereka dikurniakan cahaya mata pertama iaitu seorang puteri yang dinamakan Tunku Khalsom Aminah Sofiah.

Dua tahun kemudian pada bulan Oktober, mereka menimang cahaya mata kedua, kali ini seorang putera yang diberi nama Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim.

Tunku Khalsom diberi gelaran Lily bersesuaian dengan hasrat TMJ untuk menamakan anakandanya bersempena dengan nama adindanya, Almarhum Tunku Abdul Jalil Iskandar ibni Sultan Ibrahim, manakala Tunku Iskandar Abdul Jalil diberi gelaran Leo.

Ad Ops