Categories: LIFESTYLE

4 Khasiat Air Kelapa Untuk Ibu Mengandung

Air kelapa ini sangat familiar, khususnya bagi masyarakat di Malaysia dan sekitar negara-negara Asia. Ia banyak manfaatnya, tetapi betulkah semua para bakal ibu tahu apa manfaatnya?

Manfaat yang biasa kita dengar adalah untuk melegakan ibu-ibu hamil daripada mabuk hamil serta mengurangkan pedih ulu hati. Minum air kelapa juga tidak memudaratkan ibu dan bayi. malah ia sangat bagus untuk diminum bila-bila sahaja.

Ini adalah perkongsian daripada Dr Zubaidi mengenai khasiat selain dari nutrisi yang dibekalkan, air kelapa juga memberikan manfaat berikut kepada wanita yang hamil. Antaranya:

1. Mengelakkan berlakunya dehidrasi

Air kelapa muda dapat mengelakkan berlakunya dehidrasi dan rasa mudah penat yang sering dialami oleh wanita yang hamil. 

2. Mengurangkan masalah sembelit

Air kelapa muda mengandungi serat dan cecair yang dapat membantu mengurangkan masalah sembelit. Ia juga dapat mengurangkan rasa mual akibat daripada alahan atau morning sickness.

3. Membantu merawat jangkitan kuman pada saluran kencing

Ini mungkin benda baru bagi anda semua di mana air kelapa muda berfungsi untuk membantu merawat jangkitan kuman pada saluran kencing. Nama lain untuk untuk jangkitan ini adalah kencing kotor yang mungkin terkena pada wanita hamil.

4. Membantu meningkatkan ketebalan tubuh

Air kelapa juga mempunyai sebstian antioksidan, vitamin dan mineral yang meningkatkan daya tahan tubuh. Sehubungan dengan itu, air kelapa juga terdapat sebatian monolaurin yang bersifat antivirus dan antibakteria dalam tubuh. Secara tidak langsung ia dapat melindungi ibu dan anak dalam kandungan.

 

Oleh itu, air kelapa muda memberikan manfaat yang banyak kepada individu yang meminumnya tidak kira lelki ataupun wanita. Sama ada yang hamil atau tidak. Untuk pengetahuan anda, ia meupakan satu minuman tebaik daripada pengambila air yang berkafein dan bergas dan manis.

Sumber: Dr Zubaidi

SGMS Enal