Categories: Trending

Isu Sembang Lucah Dengan Kanak-Kanak Bawah Umur, Usahawan Kosmetik Ini Direman 3 Hari

Selepas polis mengesahkan telah menahan pemilik akaun Instagram dikenali sebagai ‘safieyillias94’ dan rakannya yang didakwa membuat komunikasi lucah dan amang seksual dengan kanak-kanak bawah umur, kini kedua-duanya dilaporkan telah direman selama tiga hari di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini.

Peguam Nursyafiqah Zamani yang mewakili kedua-dua suspek ketika ditemui memberitahu, mereka didakwa di bawah Seksyen 12 dan 15 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Manakala, perintah reman ini berkuatkuasa bermula hari ini sehingga Ahad.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihak polis menahan usahawan tersebut selepas menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang pensyarah universiti pada jam 9 pagi kelmarin.

“Pengadu membuat laporan selepas melihat pautan siaran langsung di aplikasi Instagram (IG) milik safieyillias94 yang juga hos bersama pemilik IG pipinatasha.

“Siaran langsung di aplikasi berkenaan membabitkan dua kanak-kanak bawah umur,” katanya.

Ia susulan tindakan pemilik akaun berkenaan dan rakannya menari secara mengghairahkan sambil dilihat dua kanak-kanak bawah umur itu.

Lebih menyedihkan, usahawan terbabit dilihat turut ‘mengajar’ cara-cara menghisap dadah sambil disambut gelak tawa daripada mereka semua.

 

Sumber : Kosmo, Harian Metro

Salma Syahbuddin