Categories: Trending

“Hospital Kekurangan Katil, Pesakit Covid-19 Terpaksa Duduk Di Lantai” – Sumbang RM90,000 Beli Katil Elektronik, Netizen Puji Neelofa

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa mendapat pujian netizen kerana budi baiknya menyumbangkan sebanyak 15 buah katil elektronik untuk kegunaan pesakit Covid-19.

Perkara terbabit didedahkan menerusi sebuah video TikTok yang dimuat naik oleh seorang pegawai perubatan bernama Dr Abdul Rahman Abdul Kadir dari Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka.

Video Dr Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai DARK yang merakamkan penghargaan kepada bekas pengacara Nona itu telah tular dengan mendapat lebih 67,000 tontonan.

@abdulrahmanabdulkadir1Terima kasih @neelofa di atas sumbangan 15 buah katil untuk kegunaan pesakit Covid di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka. ##frontliner

♬ Ya Maulana (2020 Remaster) – Sabyan

Di ruangan komen, netizen memuji usaha Neelofa dan turut sama-sama mengucapkan terima kasih kepada pemilik jenama Naelofar itu.

Menerusi sebuah hantaran lain di laman sosial Facebook yang dikongsikan Aznil Hisham, dia mendedahkan yang DARK memaklumkan pihak hospital memerlukan 10 buah katil elektronik untuk kegunaan pesakit Covid-19.

Namun begitu, Neelofa telah bermurah hati menyumbangkan 15 buah katil yang setiap satunya bernilai RM6,000.

Ketika artikel ini ditulis, hantaran Facebook yang dimuat naik oleh Aznil itu mendapat lebih 137 perkongsian.

 

 

Padin