Categories: Trending

Jana pendapatan melalui Vending Machine ‘Boss Vend’

Minat berniaga tapi masih tercari produk yang sesuai? Ini mungkin boleh membantu anda…Tak perlu sewa kedai, pekerja dan sebagainya, Vending Machine mungkin idea yang baik buat masa ini! Hasil usahasama DMH Niaga Sdn Bhd dan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia DPUKM, sebuah vending machine diperkenalkan dengan jenama Boss Vend!

Bersempena dengan majlis pelancaran yang diadakan di Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Tan Sri Noh Omar hadir serta turut menyokong usaha dalam melahirkan usahawan baru melalui aplikasi teknologi vending machine. Selain usaha menambah usahawan vending machine di bawah DPUKM, program ini turut memberi peluang kepada usahawan baru menjana pendapatan melalui Vending Machine.

Ia juga membantu memasarkan produk usahawan IKS dan meningkatkan hasil jualan produk IKS,” kata Noh Omar ketika berucap. Dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia, mesin layan diri BOSS VEND akan diletakkan di seluruh hospital di Malaysia dan di sekitar kawasan Technology Park Malaysia.

Dokumen perjanjian ditandatangani oleh Pengarah Urusan DMH Niaga, Datin Natasha bte Dato’ Abdul Rahim dan Presiden DPUKM , Dato’ Seri Abu Hassan Mohd Nor, Pengerusi TPM, Dato’ Ahmad Fauzi Zahari turut hadir menyaksikan pelancaran program ini. Menurut Datin Natasha, kedua pihak telah bersetuju membantu mencari 1,001 usahawan IKS di kalangan ahli DPUKM dalam memasarkan produk mereka melalui teknologi vending machine yang dibekalkan oleh syarikatnya.

Terdapat sembilan jenis mesin buat masa ini yang mana kelebihan seperti skrin digital pada semua mesin berkenaan. Tidak seperti mesin konvensional, ia boleh digunakan untuk pengiklanan dan promosi interaktif untuk IKS sendiri.

Sekiranya berminat untuk menjadi usahawan jenama Boss Vend, anda boleh menghubungi:

No. Telefon: +60124774094 +60383226743

atau boleh emel: dmhniaga@gmail.com

SGMS Putri