Categories: Trending

“Jangan Berselindung Disebalik Perkataan Dakwah” PU Amin Dihentam Gara-gara Bergambar Dengan Instafamous Seksi

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang instafamous, Nadira Issac, 21, bersama PU Amin pada satu majlis berbuka puasa akhirnya menimbulkan rasa kurang senang rata-rata netizen yang menyifatkan tindakan berkenaan sebagai tidak ‘beradab’.

Malah, tidak habis disitu PU Amin juga dilihat tidak terlepas dari terkena ‘tempias’ berkenaan apabila terdapat segelintir netizen meninggalkan komen yang agak kasar diakaun instagram beliau.

 

Tampil menjelaskan perkara berkenaan, PU Amin akhirnya memuat naik hantaran dilaman insta story miliknya memberitahu apakah tujuan sebenar kehadiran beliau pada majlis tersebut.

Maaf atas fitnah, tak sangka viral!

Sementara itu, Nadira Issac juga dilihat meminta maaf kepada rata-rata netizen yang menganggap tindakannya itu sebagai tidak beradab menerusi insta story miliknya selepas acara berkenaan menjadi bahan bualan ramai sehingga viral.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen juga menganggap tindakan Nadira ini adalah untuk tujuan publisiti semata-mata bagi mempromosikan produk kecantikan terbaharunya itu.

Sumber :  Instagram PU Amin, Nadira Isaac

Salma Syahbuddin