Categories: Trending

Jangan Cabar Arahan Kerajaan, TPM Beri Amaran Kepada Pengilang

Itu kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada kilang serta premis-premis perniagaan yang masih berdegil melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menerusi hantaran di Facebook miliknya, Ismail berkata sebanyak 180 kilang serta premis perniagaan diarah tutup kerana gagal mematuhi arahan yang ditetapkan.

 

 

“Jangan cabar arahan kerajaan, ini amaran saya kepada kilang dan premis perniagaan yang masih berdegil melanggar SOP.”

“Rakyat lain boleh bersabar, kenapa masih ada pihak masih berdegil dan merupakan penyumbang utama.”

“Saya berbesar hati kepada netizen, penduduk sekitar dan rakyat yang sentiasa memberi maklumat kepada pihak berkuasa mengenai mereka yang rakus dan tamak ini,” katanya.

Tambahnya, kerajaan kini sedang menumpukan kepada program vaksinasi yang kini mencapai 400,000 dos sehari dan kerajaan juga yakin kes jangkitan Covid-19 akan menunjukkan penurunan apabila rakyat mendapat vaksinasi lengkap sekali gus melandaikan lekuk wabak itu.

Salma Syahbuddin