Jom Semak! Bantuan BKC Sehingga RM 1,300 Buat Golongan Isi Rumah & Bujang

Untuk makluman, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) untuk semua rakyat Malaysia terutamanya kepada golongan miskin tegar, golongan B40 dan M40 yang terkesan dengan penularan wabak pandemik Covid-19.

Difahamkan, bantuan ini akan diberikan kepada lebih 11 juta isi rumah, individu bujang dan warga emas serta golongan B40 dan M40 yang terkesan akibat daripada penularan wabak pandemik Covid-19.

Menerusi bantuan Covid-19 ini, rakyat akan menerima bantuan wang ringgit berjumlah RM100-RM1,300 mengikut kelayakan yang ditetapkan.

Pihak kerajaan telah mengklasifikasikan bantuan kepada 3 golongan yang layak iaitu kepada golongan miskin tegar, golongan B40 dan M40.

  • Kategori Miskin Tegar
  • Isi Rumah – RM1,300
  • Bujang – RM500
  • Kategori Golongan B40
  • Isi Rumah – RM800
  • Bujang – RM200
  • Kategori Golongan M40
  • Isi Rumah – RM250
  • Bujang – RM100

Pembayaran bagi Bantuan Khas Covid-19 (BKC) ini akan dilakukan secara tiga fasa iaitu:

  • Fasa 1 – Ogos
  • Fasa 2 – November
  • Fasa 3 – Disember

Permohonan dan semakan bagi BKC perlu dilakukan di laman web tertera https://bkc.hasil.gov.my/

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”