Tular Gambar Ustaz Don Didakwa Lakukan ‘Sembah Hormat’, Menteri Agama Beri Penjelasan Sebenar

Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dan pendakwah terkenal Ustaz Don bersiaran secara langsung menerusi sebuah program bual bicara yang membincangkan isu norma baru dalam ibadat haji.

Namun, apa yang mencuri perhatian ramai adalah sebuah foto yang tular di antara beliau dan Ustaz Don.

Gambar tersebut menimbulkan pelbagai reaksi di laman Twitter dan rata-rata netizen melemparkan persoalan di sebalik “hand- gesture” Ustaz Don itu.

Ramai yang turut memberi pendapat bahawa tindakan Ustaz Don itu bukanlah sembahan tetapi hanya sekadar salam hormat buat Datuk Dr Zulkifli.

Justeru, menerusi laman Twitter Menteri Agama, beliau telah tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku.

Dr Zulkifli kemudian menjelaskan bahawa gambar tersebut  tidak memberi apa-apa makna dan ia cuma gambar kandid yang diambil jurugambar ketika rancangan itu berlangsung.

Walau bagaimanapun, pihak Menteri Agama telah membuat permohonan maaf kepada Ustaz Don Daniyal berkenaan isu gambar tersebut sebab ia telah memberi impak negatif kepada pendakwah terbabit.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”