Categories: Trending

Jangan Lupa Saksikan Pengumuman Tarikh Pilihan Raya Umum Ke-14 Hari Ini!

Pastinya, rakyat Malaysia hari ini tertumpu kepada mesyuarat khas bagi menentukan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) hari ini.

Mesyuarat yang dijangka akan berlangsung selama dua jam itu akan membincangkan tentang tarikh -writ Pilihan Raya, hari penamaan calon, hari pengundian serta tarikh daftar pemilih dimana akan digunakan dalam PRU-14 nanti. Serta, persiapan-persiapan lain yang diperlukan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.

Justeru itu, bagi anda yang tidak mahu ketinggalan menyaksikan pengumuman tarikh Pilihan Raya ke-14 ini, jangan lupa saksikan siaran secara langsung melalui rangkaian  TV3, dan semua platform Media Prima Berhad termasuklah Facebook, dan juga Youtube tepat jam 12 tengah hari ini!

Jadi, tiada alasan buat mereka yang duduk di luar negara untuk tidak mengetahui setiap perkembangan terkini mengenai Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

 

Salma Syahbuddin