Categories: Trending

Jangan Terlambat! Semak Dan Kemaskini Tarikh Pembayaran Permohonan Baharu BPR 2.0 Anda

Tarikh akhir bagi pendaftaran baharu dan kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) untuk tahun 2021 sebelum ini telah dilanjutkan sehingga 25 Februari 2021.

Justeru itu, Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sebelum ini telah mengumumkan bahawa tarikh akhir untuk orang ramai membuat pendaftaran baharu dan kemaskini BPR 2021 adalah pada 15 Februari lepas.

Lanjutan ini dibuat adalah bagi memastikan BPR yang diterima benar-benar layak dan mengambil kira pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPP).

Permohonan Baharu

Terdapat beberapa kategori yang perlu membuat permohonan baharu bagi mendapatkan BPR 2021 iaitu ;

  1. Pemohon yang tidak pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 ATAU,
  2. Pemohon yang tidak pernah menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) B40 ATAU,
  3. Isi rumah dengan pendapatan RM5,000 ke bawah sebulan
  4. Golongan mudah terjejas (newly vulnerable groups) yang layak memohon akibat perubahan status pendapatan mereka ekoran krisis Covid-19

Syarat Kelayakan BPR 2021

Terdapat beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk BPR 2021 bagi kategori isi rumah dan bujang.

Bagi kategori isi rumah, syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut ;

  1. Pemohon –
  • Mestilah warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga yang tinggal serumah dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah

2. Pasangan –

  • Pasangan mestilah warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR/MyKAS)
  • Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR/MyKAS).

3. Anak

  • Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja DAN,
  • Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad/MyKid) sahaja DAN
  • Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan; dan had umur:17 tahun dan ke bawah ATAU
  • 18 tahun dan ke atas bagi pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Awam/Swasta.

Bagi kategori bujang pula, syarat kelayakan adalah seperti berikut ;

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja.
  2. Jumlah pendapatan kasar bulanan pemohoon adalah RM2,500 dan ke bawah.
  3. Pemohon terdiri daripada lelaki atau wanita yang berumur – 21 tahun hingga 59 tahun ATAU 18 tahun sehingga 59 tahun bagi kategori OKU.

Cara Permohonan Baharu & Kemaskini

Terdapat 3 cara permohonan baharu BPR 2021 boleh dibuat iaitu ;

  1. Membuat permohonan secara dalam talian melalui bpr.hasil.gov.my
  2. Muat turun dan mencetak Borang Permohonan melalui bpr.hasil.gov.my
  3. Boleh hadir terus ke cawangan LHDN, Pusat Khidmat Hasil ATAU Pusat Transformasi Bandar (UTC)dan kemukakan bersama borang Permohonan BPR anda

Manakala, berikut merupakan langkah-langkah untuk membuat kemaskini permohonan pula ;

  1. Layari laman web bpr.hasil.gov.my
  2. Klik dibahagian Log Masuk
  3. Masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Semak.’
  4. Masukkan kata laluan dan klik butang ‘Log Masuk.’
  5. Klik bahagian Kemaskini Permohonan.
  6. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  7. Masukkan maklumat dan klik butang ‘Teruskan.’
  8. Isi captcha dan klik butang ‘Sahkan Captcha.’
  9. Klik  ‘Hantar.’

Tarikh Pembayaran

Bayaran Fasa pertama akan diterima oleh pemohon pada penghujung bulan Februari 2021 secara berperingkat.

  • Kategori Isi Rumah = RM300
  • Katagori Individu Bujang = RM150

Bagi bayaran fasa kedua BPR 2021 pula dijangka akan dibuat pada awal bulan Mei 2021.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut anda bolehlah menghubungi pihak LHDN ATAU layari portal rasmi BPR 2021 di www.hasil.gov.my

Salma Syahbuddin