Categories: FeaturedTrending

Kerajaan Cadang Keluarkan Pasport Vaksin Untuk Penerima Vaksin

Setelah hampir dua tahun memerangi COVID-19, Vaksin Pfizer BioNtech akhirnya tiba di Malaysia pada hari ini.

Justeru, kerajaan bercadang untuk mengeluarkan pasport vaksin kepada individu yang sudah menerima vaksin COVID-19.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang memperhalusi perkara itu.

“Terdapat dua kaedah iaitu yang pertama, melalui MySejahtera. Kita boleh pamer dalam MySejahtera dan yang kedua, kita boleh buat fizikal (bentuk pasport yang boleh diterima negara lain).

“Kalau ikut perancangan, kita perlu lihat juga bagaimana negara-negara lain boleh bekerjasama dengan pasport vaksin berkenaan terutamanya apabila kita ke luar negara,” katanya.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”