Categories: FeaturedTrending

Dr Noor Hisham Antara Penerima Pertama Vaksin, Terima Suntikan Rabu Ini

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah merupakan antara individu pertama yang akan menerima suntikan vaksin Covid-19 pada Rabu ini, yang menandakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan digerakkan lebih awal daripada jadual asal.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya membuat keputusan memulakan fasa pertama program imunisasi itu lebih awal berbanding yang dijadualkan pada 26 Februari.

“Kami buat keputusan permulaan program imunisasi COVID-19 diawalkan pada Rabu, 24 Februari dengan Perdana Menteri dan Ketua Pengarah Kesihatan akan menerima suntikan vaksin pertama di Klinik Kesihatan Putrajaya,” katanya pada sidang media selepas menyambut ketibaan kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech.

Turut menerima vaksin pertama bersama Muhyiddin dan Dr Noor Hisham pada Rabu ini adalah petugas barisan hadapan termasuk petugas kesihatan dan bukan kesihatan.

Kredit foto: BH

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”