Semenjak DidikTV Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diperkenalkan, ramai ibu bapa, guru dan pelajar memberi maklum balas yang baik.
DidikTV KPM ternyata membantu mereka dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dengan lebih efektif.
Untuk pengetahuan anda, program yang disiarkan dalam DidikTV KPM bukan hanya boleh ditonton oleh pelajar sahaja tau.
Sebenarnya, banyak dokumentari menarik di DidikTV boleh dinikmati oleh semua penonton.
1. BY THE SEA – pantai-pantai menarik di Malaysia
Rindu betul nak pergi pantai. Dapat tonton rancangan ‘By The Sea’ dalam DidikTV KPM ni bagus juga.
Boleh dapat info mengenai pantai menarik yang ada di Malaysia. Nanti, boleh ajak keluarga dan member anda pergi ke sana!
2. DUNIA TERSEMBUNYI – budaya unik masyarakat di Asia
Sebenarnya, banyak masyarakat di Asia yang mempunyai budaya unik. Lepas menonton rancangan ‘Dunia Tersembunyi‘ di DidikTV KPM, mesti terkejut sebab ada budaya sebelum ini anda tak pernah tahu itu wujud!
3. GO TRAVEL – tempat pelancongan menarik di negara ASEAN
Kaki travel mesti suka tonton rancangan ‘Go Travel‘ dalam DidikTV KPM. Program ni memaparkan tempat pelancongan menarik di negara ASEAN. Boleh catat siap-siap. Nanti bila keadaan sudah mengizinkan, bolehlah ke sana!
4. SUPPER HEROES – negara popular dengan ‘late night cravings‘
Selalu craving makanan tengah malam? Anda mungkin tergoda dengan rancangan ‘Supper Heroes‘ dalam DidikTV KPM. Banyak negara luar popular dengan late night cravings tau. Tiba-tiba lapar pula!
5. FESTIVAL JURNAL KEMBARA DUNIA – festival dunia yang popular
Anda yang pernah melancong ke negara luar mesti suka sertai festival yang ada. Jom tonton rancangan ‘Festival Jurnal Kembara Dunia‘ di DidikTV KPM. Banyak festival dunia yang popular rupanya.
6. JURNAL RESIPI – jatuh bangun chef dan pengusaha industri makanan
Siapa di sini adalah seorang chef? Biasalah dalam perjalanan industri makanan, mesti ada cabarannya. Anda boleh belajar macam mana nak menghadapinya dengan rancangan ‘Jurnal Resipi‘ yang disiarkan di DidikTV KPM.
7. OFF THE HOOK – lokasi memancing yang unik
Mana kaki pancing semua? Kalau anda nak tahu lokasi memancing yang unik, boleh tonton rancangan ‘Off The Hook‘ dalam DidikTV KPM. Bolehlah anda tahu lokasi yang banyak ikan kan?
8. THE STREETS TANAH AIRKU – jalan bersejarah di Malaysia dan kisah di sebaliknya
Sebagai rakyat Malaysia, kenalah tahu sejarah yang ada di Malaysia. Tonton rancangan ‘The Streets Tanah Airku‘ di DidikTV KPM. Anda akan tahu jalan bersejarah di Malaysia. Ada kisah di sebaliknya.
9. UNSUNG PLACES – destinasi pelancongan unik yang tak diketahui ramai
Bayangkan wujudnya tempat pelancongan yang anda tak pernah tahu pun sebelum ni. Sebab tu kena tengok rancangan ‘Unsung Places’ di DidikTV KPM. Misteri jugaklah rancangan ni. Tak sabar nak tengok.
Itulah antara dokumentari menarik di DidikTV KPM yang anda boleh tonton. Orang kata, tuntut ilmu biarlah sampai ke negara China.
Jangan lepaskan peluang ni untuk dapatkan ilmu tambahan yang berguna dengan DidikTV KPM.
Untuk makluman, anda boleh tonton DidikTV KPM yang bersiaran di ntv7 bermula jam 7 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari. Saksikan jugak episod terkini DidikTV KPM di Youtube Channel ntv7MALAYSIA Official.
Akhir kata, program yang disiarkan dalam DidikTV KPM ternyata dapat menyuburkan budaya ilmu di kalangan rakyat Malaysia.
Jom dapatkan ekstra ilmu dengan menonton DidikTV KPM bermula hari ni!
"Thank you so much for all of the advices" - Aliff Aziz
Alamak, tak relax la netizen 🤪
Usikan manja anak beranak ☺️
Good job Fathia
See you again!
MashaAllah kesiannya