Categories: Trending

Semakan Bayaran GKP Tambahan Sehingga RM1,000 Bermula Mac Ini

Geran Khas Prihatin Tambahan atau (GKP Tambahan) dibawah Pakej Perlindungan Ekonomi & Rakyat Malaysia (PERMAI) adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini.

Dalam pakej ini, kerajaan  akan memperluaskan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan kepada 800,000 peniaga kecil dan sederhana (PKS) sehingga RM1,000.

 

Amaun bantuan GKP Tambahan secara one-off adalah seperti berikut ;

  1. PKS mikro bagi negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) – RM1,000
  2. PKS mikro bagi lain-lain negeri – RM500

Tarikh Bayaran GKP Permai

Tarikh bayaran bagi Geran Khas Prihatin Tambahan ini adalah pada Mac 2021. Manakala, bagi kaedah pembayaran adalah sama seperti pelaksanaan GKP 1.0 dan GKP 2.0 iaitu amaun tersebut akan dikreditkan terus ke akaun bank simpanan atau akaun semasa peribadi penerima yang telah didaftarkan semasa permohonan Geran Khas Prihatin sebelum ini.

Untuk makluman, pembayaran hanya akan dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja.

Tarikh Permohonan & Kelayakan

Tarikh permohonan dibuka belum dimaklumkan oleh pihak LHDN, namun dalam kenyataan rasminya, GKP Tambahan ini akan diberikan kepada penerima yang lulus GKP 1.0 dan GKP 2.0 termasuk rayuan.

Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai GKP Permai ini, bolehlah layari gkp.hasil.gov.my

 

Sumber : LHDN

Salma Syahbuddin