Trending By: Salma Syahbuddin January 31, 2020 @ 6:03pm

Mayat Pelajar Lelaki Lemas Akhirnya Ditemui Terapung

Selepas perahu lumba yang dinaiki arwah bersama 17 lagi rakannya itu karam di Sungai Saribas petang kelmarin, akhirnya jasad Muhammad Izzat Farhan Ismail, 16 yang berasal dari Kampung Hulu, Beladin ditemui dalam keadaan terapung di Sungai tersebut oleh penduduk kampung pada jam 11.40 pagi tadi iaitu 7.6 kilometer dari lokasi pelajar tersebut hilang.

Menurut Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Tiong Ling Hii berkata, mayat pelajar itu akan diserahkan kepada pihak polis bagi tujuan siasatan.

Sumber : Google

Operasi mencari dan menyelamat mangsa (SAR) diaktifkan selepas pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 7.17 malam. Dan, membabitkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta dibantu oleh 40 penduduk kampung.

“Berikutan penemuan mayat mangsa, operasi SAR ditamatkan jam 11.45 pagi.” Katanya

Terdahulu, mangsa yang bersama 17 lagi rakannya itu sedang berlatih mengayuh perahu lumba di Sungai Saribas sebelum perahu tersebut gagal dikawal lalu karam. 

Ling Hii berkata, saksi kejadian yang berada di bot tunda, empat mangsa dibawa arus deras ke celah tongkang dan bot tunda yang berlabuh di tebing. Manakala, 14 yang lain sempat berenang ke tebing sungai.

” Bagaimanapun, hanya tiga mangsa yang berjaya berpaut pada tali manakala seorang lagi gagal berbuat demikian sebelum tenggelam dibawa arus deras.” Jelasnya.

 

Sumber : Harian Metro

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 25 Jun 2024

Cemas Ayden Jatuh Di Tandas Sekolah, Bella Astillah Syukur Anak Tak Cedera Parah

Allahuakbar, nasib baik Ayden tak cedera teruk 🥲 Jaga diri handsome boy 🥰

Hiburan Mon, 12 Sep 2022
Featured Sun, 30 Jan 2022
Featured Wed, 8 Mar 2023

“Beri Saya Kesedaran Siapa Yang Ikhlas Menyayangi…” – Tulang Patah & Ada Darah Beku… Fasha Sandha Syukur Bengkak Di Mata Beransur Pulih

Alhamdulillah, Fasha dah boleh keluar hospital hari in 🥰 Min doakan semoga mata Girl kembali pulih seperti sedia kala ❤️

Featured Fri, 9 Sep 2022

“Saya Nak Tenang-Tenang Saja” – Amy Mastura Elak Masuk Pertandingan

Kak Amy ni nampak tenang dan happy je selalu kan..