Categories: FeaturedTrending

Jenazah Ayahnda Tengku Permaisuri Selangor Selamat Dikebumikan

Jenazah ayahanda Tengku Permaisuri Selangor, Abdul Rahman Baba yang meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 89 tahun selamat dikebumi di Makam Diraja Shah Alam, Seksyen 5 dekat sini pada 2.45 petang tadi.

Jenazah Allahyarham tiba di makam diraja pada 1.30 petang selepas dimandi dan dikafankan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Solat jenazah dilakukan di masjid sama selepas waktu zuhur.

Turut berangkat ke upacara pengebumian itu ialah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Hadir sama adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga bekas Menteri Besar Selangor, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dan Pemangku Datuk Bandar Shah Alam Mohd Rashidi Ruslan.

Difahamkan, Abdul Rahman meninggal dunia kerana sakit tua di kediamannya di Seksyen 13 pada 3.40 pagi.

Salam takziah diucapkan kepada seluruh keluarga Tengku Permaisuri Selangor. Semoga roh allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

Kredit foto: BERNAMA

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”