Categories: Trending

Jiggy Masin Diselubungi Misteri Dalam Seram Tak Seram!

Pelawak Jiggy Masin muncul sebagai teraju utama dalam karya terbaru yang disiarkan di TV9 berjudul Seram Tak Seram.

Diterbitkan oleh Nafalia Corporation, naskhah ini bertemakan komedi seram yang mengisahkan tentang kisah di sebalik koleksi barang-barang antik yang dijual oleh seorang pemilik kedai bernama Sheikh Tahlul.

Drama 13 episod ini menampilkan Jiggy Masin sebagai Sheikh Tahlul dan diserikan dengan pelakon-pelakon handalan seperti Adam Corrie, Joey Daud, Didie Alias, Liza Abdullah, Afifah Nasir, Mia Nasir, Acong Sweetchild, Nasz Sally, Qazem Nor, Zarul Umbrella, Den Wahab dan ramai lagi.

Kita sering kedengaran barangan antik menyimpan kisah atau rahsia tentang bekas tuannya. Sama ada ia adalah perkara mistik atau hanya satu kebetulan, barangan antik sering dikaitkan dengan cerita seram yang menakutkan orang.

Seram Tak Seram akan memaparkan pelbagai kisah misteri di sebalik barangan antik iaitu kereta, lampu suluh, telefon, pedang, topeng, radio, cincin emas batu delima, anak patung, basikal tua, seruling, kunci, mangkuk tingkat dan seterika antik.

Telah mula bersiaran pada 24 Jun lalu, episod pertama drama bersiri ini mengisahkan Ah Meng yang bekerja sebagai seorang pembeli dan penjual kereta antik. Dia ingin membeli sebuah kereta antik daripada Kamil tetapi Kamil berat hati untuk menjualnya. Pelbagai cara Ah Meng lakukan untuk mendapatkan kereta tersebut kerana ada sesuatu yang misteri tentang kereta tersebut.

Untuk mereka yang tidak sempat menonton, jom layan episod 1 drama Seram Tak Seram di bawah:

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang Seram Tak Seram? Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menonton Seram Tak Seram pada setiap hari Khamis, pukul 9.30 malam.

Anda juga boleh menonton program TV9 di myFreeview CH109, Astro CH149, unifi CH109, tonton LIVE TV dan XTRA Live TV.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV9, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter @TV9Malaysia

Padin