Categories: Trending

“Jika Gagal Patuhi SOP, Kita Akan Kembali Duduk Di Rumah”- KKM

Masuk hari kedua rakyat Malaysia diberi kelonggaran terutamanya sektor ekonomi untuk kembali bekerja dengan syarat SOP diperketatkan.

Hal ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang sentuhan dengan individu lain dan penjarakkan sosial atau social distancing adalah perkara utama yang harus dititikberatkan buat masa sekarang.

Malaysia masih dalam PKP

Sumber : Google

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Malaysia kini masih berada dalam PKP Fasa 4 iaitu sehingga 12 Mei ini.

” Kerajaan belum tamatkan PKP, kerajaan cuma bagi sedikit kelonggaran untuk sektor ekonomi tertentu beroperasi semula tetapi secara berhati-hati dan terkawal mengikut SOP ketat oleh KKM.

“Jika mereka ini (sektor ekonomi dan pekerja) gagal patuhi SOP atau tidak yakin sepenuhnya, mereka akan kembali duduk di rumah.” Jelasnya.

Kenderaan dan pengangkutan awam mula dibanjiri orang ramai

Sejak semalam dan hari ini dilaporkan pengangkutan awam dan jalan raya sudah mula dipenuhi orang ramai yang bergerak ke tempat kerja selepas hampir 2 bulan duduk di rumah.

Oleh itu, pihak KKM terus memberiperingatan buat orang ramai agar sentiasa menjaga kesihatan dan penjarakkan sosial demi membanteras penularan wabak Covid-19.

Jadi, diharap agar rakyat Malaysia khasnya mematuhi dan menjalani norma-norma baharu yang perlu dijadikan amalan seharian demi menjaga kesihatan daripada wabak Covid-19.

Salma Syahbuddin