Categories: Trending

Jiran Sangka Wanita Itu Dah Meninggal Rupa-Rupanya…

Allahuakbar! Sayu melihat keadaan seorang warga Orang Kelainan Upaya (OKU) yang ditemui jiran dalam keadaan menyayat hati.

Wanita itu terbaring bersama najis di kiri-kanannya di sebuah rumah di Taman Sri Setia, Kampung Panchor dekat Padang Tembak, Pengkalan Chepa.

Mangsa yang berusia 44 tahun ditemui jiran yang kebetulan lalu di lorong belakang deretan teres setingkat itu sebelum terhidu bau busuk.

” Saya lihat dari tingkap yang terbuka sebelum nampak wanita itu terbaring dalam keadaan menyayat hati.

“Bau ketika itu sangat busuk dan pada masa itu, saya sangkakan wanita itu sudah meninggal dunia. Namun tidak lama kemudian dia mengerang seolah-olah kesakitan.

“Fizikalnya pula kurus kering seolah-olah tidak makan beberapa bulan selain terbaring berhampiran timbunan sampah sarap yang terdiri daripada bekas makanan dan tin minuman.

“Lantai bilik itu juga dipenuhi najis serta berbau busuk. Saya kemudian memanggil jiran lain dan kami sepakat menghubungi polis untuk menyelamatkan mangsa,” katanya.

Pihak polis yang tiba dilokasi kejadian kemudiannya bertindak memecahkan pintu dapur bagi menyelamatkan mangsa disebabkan rumah berkenaan berkunci.

Sejam kemudian, seorang wanita berusia 40 tahun dipercayai adik mangsa tiba di lokasi kejadian. Wanita itu juga dipercayai tinggal bersama mangsa di rumah itu dan semasa ketibaan polis, dia tiada di rumah kerana keluar bekerja.  

Mangsa kemudian dibawa menaiki ambulans dan dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan lanjut, manakala adik mangsa ditahan polis untuk siasatan lanjut. 

SGMS Faida