Categories: Trending

Jom Balik Mengundi, Air Asia Tawar Tambang Murah!

Korang tak perlu rungsing lagi macam mana nak balik mengundi Mei ini, syarikat Penerbangan Tambang Rendah AirAsia menawarkan tambang tetap serendah RM99 bagi semua laluan domestik pada 8 hingga 9 Mei untuk menyokong rakyat Malaysia yang pulang untuk mengundi.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat penerbangan itu berkata, tambang sehala bagi laluan di Semenanjung dan Sabah, Sarawak ditetapkan pada harga RM99.

Tambang bagi laluan antara Semenanjung, Sarawak dan Sabah masing-masing ditetapkan pada harga RM129 dan RM199.

Katanya, semua tawaran tersebut tertakluk kepada adanya tiket dan harga termasuk cukai dan fi.

 

SGMS Faida