Ramai yang mengadu tidak dapat membuat video call dengan menggunakan aplikasi WhatsApp. Masalah ini antara yang sering terjadi kepada pengguna aplikasi Whatsapp.
Berikut kami kongsikan salah satu kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah tersebut.
Langkah 1
Pertama sekali, pasang aplikasi “Permission Master – Xposed” daripada Playstore.
Langkah 2
Buka aplikasi WhatsApp, lalu buka “Pengaturan”. Pilih “Chats”, lalu pilih “Chat BackUp”, dan akhiri dengan pilih “BackUp”.
Langkah 3
Setelah melakukan backup, masuk ke menu “Setting” peranti pintar. Cari sub-menu “Apps”, lalu cari aplikasi “WhatsApp”. Pilih dan lakukan “Uninstall”.
Langkah 4
Muat turun dan pasang aplikasi WhatsApp versi terkini daripada Playstore.
Langkah 5
Buka aplikasi “Permission Master – Xposed” yang sudah anda pasang sebelumnya. Klik “Apps“, lalu cari aplikasi “WhatsApp”, kemudian cari “Take Pictures and Video”. Pastikan tulisannya berwarna hijau. Selesai, silakan cuba kembali video call melalui WhatsApp.
Selamat mencuba!
Tak baik hina pekerjaan orang. Itukan rezeki 🙄
Ubai MZ kurang senang dengan tindakan bekas suami kepada Shila Amzah iaitu, Haris Edraki Elias.
Hurmmm, apa pendapat korang? Maafkan ke tidak...
Memang ramai betul CCTV Sarah Yasmine ek😅
Ezzanie memegang watak Shahidah dalam Kuih Muah.