Categories: Trending

Kadar Pengangguran Dijangka Bakal Meningkat

Berikutan penurunan eksport sejak beberapa bulan lepas yang berpotensi menjejaskan prospek pekerjaan dalam sektor perdagangan, MIDF Research menjangkakan kadar pengangguran di Malaysia adalah sehingga 4.3 peratus .

MIDF Research juga menyifatkan kadar pengangguran ini adalah disebabkan oleh krisis Covid-19 yang sekaligus menjejaskan unjuran perdagangan serta rancangan pengambilan pekerja berikutnya dalam suku semasa.

Ambil masa pemulihan pasaran tenaga kerja

Malah, pemulihan pasaran tenaga kerja juga dijangkakan turut memakan masa untuk kembali mencecah paras sebelum berlakunya pandemik tersebut.

“Kemunculan semula kes jangkitan Covid-19 dan lanjutan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga awal Disember 2020 hanya terarah kepada pemulihan pasaran kerja yang lebih perlahan. Pada masa sama, kami juga menjangkakan permintaan tenaga kerja bagi sektor perkhidmatan, khususnya perhotelan dan restoran akan susut semula,”

Jabatan Perangkaan hari ini mengumumkan bahawa kadar pengangguran meningkat sedikit kepada 4.7 peratus pada Oktober 2020 berbanding paras tinggi 5.3 peratus pada Mei 2020.

Sumber : Bernama

Salma Syahbuddin