Rakyat Kurang Disiplin, Kerajaan Diminta Kaji Semula Kebenaran Majlis Keraian

Kerajaan diminta untuk melihat kembali kebenaran melaksanakan majlis dalam kapasiti besar seperti majlis keraian dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM, Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata, ini kerana, kebanyakan rakyat masih kurang disiplin terhadap prosedur operasi standard (SOP) seperti penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka.

“Majlis itu antara punca berlakunya penularan jangkitan dalam komuniti disebabkan kurang disiplin akan SOP yang ditetapkan seperti tidak bersentuhan, tidak memakai pelitup muka dengan kemas dan penjarakan fizikal,” katanya dalam temubual sebuah rancangan. 

Katanya, perkara itu dibimbangi akan mewujudkan kluster baharu dalam penularan jangkitan COVID-19.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”