Seorang lelaki di China nekad membunuh anjingnya dengan menghempasnya ke lantai sehingga mati selepas haiwan itu kalah dalam perlumbaan anjing.
Kejadian dipercayai berlaku di daerah Xiong, wilayah Hebei pada 3 Disember lalu.
Rakaman video telefon bimbit memaparkan lelaki yang marah itu memegang kaki anjing jenis greyhound dan menghempas haiwan malang itu ke lantai.
“Kau buat aku rugi!” jerit lelaki itu.
Menurut laporan yang di petik dari Dailymail, lelaki itu turut mendakwa akan memasak dan makan anjing yang mati tersebut.
Suara latar video itu berkata lelaki berkenaan kerugian besar membeli anjing berkenaan namun ia tewas dalam perlumbaan.
Jelasnya, lelaki itu meletakkan pertaruhan besar ke atas anjing terbabit.
Sumber- Dailymail
Tak baik hina pekerjaan orang. Itukan rezeki 🙄
Ubai MZ kurang senang dengan tindakan bekas suami kepada Shila Amzah iaitu, Haris Edraki Elias.
Hurmmm, apa pendapat korang? Maafkan ke tidak...
Memang ramai betul CCTV Sarah Yasmine ek😅
Ezzanie memegang watak Shahidah dalam Kuih Muah.