Categories: Trending

“Kami Tidak Berhubung Sehinggalah…” – Mula Kenal Tahun 2017, Neelofa Dedah Peribadi PU Riz

Pengacara dan usahawan popular, Neelofa mengimbas semula detik perkenalan dengan suaminya, pendakwah selebriti Haris Ismail atau PU Riz.

Dedah Neelofa, mereka saling mengenali sekitar empat tahun lalu.

“Sejujurnya, saya mula mengenali Haris pada tahun 2017. Sekitar bulan Jun kalau tak salah.

“Kemudian pada 2018, saya bekerjasama buat kali yang pertama dengannya untuk sebuah projek.

“Selepas kolaborasi tersebut, kami tidak berhubung sehinggalah setahun kemudian.
Dari titik pertemuan semula itu, kami mula mengenali hati budi masing-masing,” kata Neelofa.

Tambah bekas pengacara Nona ini, Haris merupakan seorang jejaka yang mempunyai peribadi baik.

“Dia merupakan seorang yang sangat baik, lemah lembut dan matang. Apabila berbual dengannya, kita boleh bincangkan banyak hal dan ia membuatkan saya berasa selesa.

“Dia juga merupakan seorang pendengar yang baik dan sentiasa cuba membantu memberi solusi jika saya menghadapi sebarang kesukaran atau masalah,” katanya lagi.

Neelofa turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang mendoakan perkara baik-baik untuk dirinya dan Haris.

“Semoga Allah sentiasa memberikan rahmat kepada keluarga kecil yang baru sahaja kami bina, dan semoga setiap rahmat itu dapat memupuk hubungan kami sebagai pasangan suami isteri.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk saya dan juga suami,” katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Selamat Bernikah, Neelofa Sah Isteri PU Riz

Neelofa dan Haris selamat bernikah dalam sebuah majlis yang diadakan di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur pagi tadi.

Kredit foto: Wedlocx.co

Padin