Categories: Trending

Kantoi ‘Main’ Dengan Rakan Sekerja, Suami ‘Mati Akal’ Selepas Jumpa Video S*ks Bini Sendiri- “Tolong Check Phone Pasangan Masing-Masing!”

Baru-baru ini, tular di media sosial pengakuan seorang individu yang menerima ujian berat dalam fasa kehidupan rumah tangganya.

Lelaki itu mendedahkan isterinya sanggup berzina dengan rakan di tempat kerja.

Kesal dengan sikap isterinya yang rela menjalinkan hubungan terlarang walaupun sudah bersuami sehingga bergelumang dengan dosa, dia seakan-akan mati akal usai menemui video s*ks isterinya bersama lelaki lain.

“Aku betul-betul menggeletar sekarang. Aku terjumpa video seks bini aku dengan kawan tempat dia kerja.

“Aku tak tahu nak buat apa sekarang. Marah? Jerit kat dia? Tinggalkan rumah? Bunuh diri?” luahnya.

Perkara tersebut dikongsikan di laman X serta di Facebook dan telah menerima pelbagai respons.

Memetik laporan mStar, rata-rata pelayar Facebook menasihati agar lelaki tersebut menyelesaikan isu terbabit dengan berpandukan undang-undang yang betul, bukan melalui kekerasan.

Dalam pada itu, geram dengan tindakan isterinya yang tidak berfikir panjang, netizen menyifatkan perempuan itu tidak mempunyai maruah diri.

Netizen meminta lelaki itu menayangkan video tersebut kepada ibu dan bapa mentuanya sebagai balasan atas sikap curangnya.

Namun demikian, ramai juga pengguna media sosial yang mengingatkan suami dan isteri agar lebih kerap memeriksa telefon pasangan masing-masing secara senyap-senyap untuk mengesan kes sedemikian.

Sumber : mStar

Syamir Shafie