“Please Gaduh Behind The Camera Okay!”- Tidak Mahu Artis Dilabel ‘Hampas’, Azhar Sulaiman Titip Pesanan Buat Fathia Latiff & Zarina Anjoulie

Susulan isu kontroversi membabitkan pelakon Fathia Latiff dan Zarina Anjoulie, pelakon senior, Azhar Sulaiman tampil memberikan pendapat secara terbuka terhadap kedua-dua pelakon tersebut.

Katanya, sebagai seorang lelaki tulen, dia juga pernah ‘meminati’ kedua-dua aktres berkenaan seawal kemunculan mereka dalam industri.

Namun, dengan isu kontroversi yang timbul, Azhar sempat menitipkan pesanan agar

“I have to amid Behar sebagai lelaki tulen tak dapat elak dari ada rasa syok kat Fathia and Zarina di zaman 20’s pertengkaran yang berlaku di antara kedua-duanya hanya akan memberikan persepsi buruk dalam kalangan masyarakat terhadap artis dan industri seni tanah air.mereka. Mereka berdua sangat hot chicks.

“As  your beloved brothers,my advice to the two of you… Bickering openly will only brings bad vibes and bad public perception towards our Acting Profession.

“So, please gaduh behind the Camera ok,” katanya.

Perkara itu dikongsi Azhar menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Khamis.

 

Dalam pada itu, Azhar juga meluahkan rasa tidak puas hati apabila terdapat segelintir dalam kalangan netizen yang mula melabel golongan artis sebagai ‘hampas’.

“Behar and others are affected bila netizen label us all macam hampas.

“I love you both…so please calm down, girls!” ulasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pendapat yang diberikan, malah ramai terhibur dengan nasihat yang dititipkan buat Fathia Latiff dan Zarina Anjoulie.

“Advice yang ‘pergi gaduh belakang camera’ tu win sangat!

“Behar minat mereka berubat kampung kot boleh kebah sikit.

“Behar jangan cari pasal, nanti Fathia declare Behar masih sayang dekat dia tak pasal-pasal Behar tidur luar malam ni,” komen netizen.

Salma Syahbuddin