Categories: FeaturedTipsTrending

Kebanyakkan Rakyat Malaysia Memilih ‘123456’ Sebagai ‘Password’

Baru-baru ini kajian daripada NordPass bersama-sama dengan penyelidik bebas mendedahkan senarai 200 kata laluan yang paling biasa digunakan oleh pengguna internet di 50 buah negara untuk tahun ini.

Kajian ini mendapati, seramai lebih daripada 2 juta pengguna internet di seluruh dunia masih menggunakan ‘123456’ sebagai kata laluan mereka.

Di Malaysia, seramai 316,610 pengguna memilih ‘123456’ sebagai kata laluan mereka dan ini adalah senarai 10 kata laluan yang paling biasa digunakan oleh pengguna internet di Malaysia dimana kebanyakkannya mengambil kurang daripada satu saat untuk digodam.

1. 123456

2. 123456789

3. 12345

4. hotmail123

5. abc123

6. 12345678

7. password

8. 1234567890

9. sayang

10. 1234567

Kebocoran data di Malaysia adalah di kadar yang sederhana berjumlah 32,715 kebocoran kata laluan dengan 1.0 per kapita.

Selain itu, NordPass juga mendedahkan fakta bahawa kebanyakkan pengguna suka meletakkan nama sendiri sebagai kata laluan.

Ferrari dan Porsche menjadi jenama kereta pilihan paling banyak pengguna dalam pemilihan kata laluan.

Tahun ini, ‘dolphin’ (ikan lumba-lumba) menduduki tempat yang pertama dalam kalangan kata laluan berkaitan haiwan di kebanyakkan negara.

Bagi peminat Liverpool, anda tidak disarankan untuk menggunakan ‘Liverpool’ sebagai kata laluan anda kerana ia merupakan pasukan bola yang paling banyak diggunakan dalam pemilihan kata laluan.

NordPass menasihatkan pengguna untuk menggunakan kata laluan yang mempunyai sekurang-kurangnya 12 karakter serta diselang-selikan dengan kombinasi simbol dan perkataan huruf kecil dan besar.

Pakar keselamatan siber juga menggalakkan pengguna untuk kerap menukar kata laluan setiap 90 hari untuk memastikan akaun pengguna selamat dan jauh dari ancaman siber.

NordPass merupakan syarikat aplikasi pengurus kata laluan yang berasal dari Panama dimana ia menguruskan kata laluan individu di internet dengan selamat.

Sumber: NordPass

Arfah