Categories: Trending

Kempen Kibar #BenderaPutih, Isyarat Anda Perlukan Bantuan – “Kita Tolong Mana Yang Termampu”

Kempen mengajak orang ramai mengibar bendera berwarna putih tular dalam pelbagai platform media sosial sejak semalam.

Inisiatif untuk mengibarkan bendera putih ini bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan dan betul-betul terkesan akibat krisis Covid-19 dan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Malah, kempen ini turut mendapat sambutan ramai termasuklah  selebriti tanah air seperti Aznil Nawawi, Sharifah Amani, Lisa Surihani, Izara Aishah dan ramai lagi.

“Tidak perlu rasa malu. Hanya kibarkan kain putih. Semoga ada yang datang membantu,”

“Saya nasihatkan kepada semua yang susah, tiada makanan, naikkan bendera putih di rumah anda. Biar orang di sekeliling memberi sedikit sebanyak yang termampu”

“Jangan ambil tindakan merugikan diri-sendiri dan keluarga. Elakkan stres, berkongsilah masalah dengan orang ramai. Tidak perlu merayu.

 

Namuun, memetik laporan Sinar Harian, Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar berpendapat, tindakan mengibarkan bendera putih bagi mereka yang memerlukan bantuan disifatkan seperti mereka yang kalah dalam peperangan.

Apapun, diharap kempen kibar #BenderaPutih ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan yang memerlukan tanpa perlu memudaratkan diri sendiri dan keluarga.

Salma Syahbuddin