Categories: Trending

Kenyataan Rasmi Istana Clarence House, Pewaris Takhta Kerajaan Britain Sah Positif Coronavirus

Pewaris takhta kerajaan Britain, Putera Charles disahkan positif COVID-19. Menerusi kenyataan dari Istana Clarence House, Prince of Wales dilaporkan mengalami simptom sejak beberapa hari lalu. 

Putera Charles kali terakhir dilihat di khalayak umum pada 12 Mac, beliau turut menghadiri beberapa mesyuarat peribadi bersama Highgrove dan Duchy. 

“Proses saringan terhadap Putera Charles dan isteri dilakukan di NHS di Aberdeenshire selepas menunjukkan simptom-simptom wabak itu,”

Walaubagaimanapun, isterinya Camilla Bowles turut melakukan ujian saringan dan disahkan negatif Coronavirus. Kedua dua pasangan itu kini melakukan tempoh pengasingan di Birkhall, Scotland. 

Beberapa petugas yang menetap dan bekerja di Birkhall turut berada dalam tempoh pengasingan. Sumber mengatakan bahawa Putera Charles dan isterinya berada dalam keadaan baik. 

Sumber: BBC News

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”