Categories: Trending

Keputusan Lulus Rentas Sempadan Johor-Singapura Diketahui Sebelum 17 Ogos

Permohonan untuk melepasi sempadan negara antara Johor dan Singapura di bawah skim Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA) mulai 17 Ogos ini didapati sudah penuh untuk tempoh tiga hari.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sudah menerima 180 permohonan RGL dan 6,000 permohonan bagi PCA, bagi keseluruhan tiga hari berkenaan, mulai Isnin lepas (10 Ogos).

Keputusan permohonan merentas sempadan hanya diketahui sehari sebelum mereka memulakan perjalanan yang akan dimaklumkan menerusi e-mel.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”