Categories: Trending

‘Mak Cik Gelang Pink’ Akhirnya Dijatuhi Hukuman Penjara

‘Mak cik gelang pink’ atau nama sebenarnya Nur Emah Mohamad Hashim, 72, kelihatan sebak apabila pertuduhan dibacakan terhadapnya pada Jumaat.

Beliau hadir di Mahkamah bersama ahli keluarganya sehingga tamat prosiding perbicaraan.

Penjara dan denda RM8,000

Nur Emah kelihatan sebak ketika membuat rayuan kepada Mahkamah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan keatasnya.

Beliau dijatuhkan hukuman penjara selama sehari dan denda RM8,000 kerana tidak mematuhi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian ketika perintah kuarantin di rumah.

Manakala, Mahkamah turut memerintahkan tertuduh boleh dipenjarakan selama enam bulan jika gagal membayar denda.

Salma Syahbuddin