Featured By: Ad Ops April 21, 2020 @ 5:26pm

Kerajaan kaji SOP benarkan pelajar IPT pulang ke kampung

Kerajaan sedang mengadakan perbincangan bagi mempertimbangkan kemungkinan membenarkan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) awam (IPTA) dan swasta (IPTS) pulang ke rumah masing-masing.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara itu akan diteliti oleh Majlis Keselamatan Negara bersama-sama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) termasuk mengkaji garis panduan terbaik untuk melaksanakan perancangan berkenaan.

“Kita sudah bincang kemungkinan kelonggaran akan diberi, tapi kita memerlukan satu prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Kita tidak mahu pergerakan besar-besaran berlaku dan tidak mahu jumlah pelajar yang ramai pulang serentak ke tempat masing-masing.

“Perancangan itu mungkin mengambil masa untuk dilaksanakan kerana perkara itu melibatkan kira-kira 80,000 hingga 100,000 pelajar di seluruh negara,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Menteri Kanan Mengenai Pelaksanaan PKP, di Putrajaya, hari ini.

Foto: Bernama

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasa pada 18 Mac lalu, dianggarkan lebih 100,000 pelajar IPTA dan IPTS terkandas di kampus dan juga kediaman di luar kampus.

Pada 13 April lalu, Kerajaan mengumumkan hasil perbincangan dengan pelbagai pihak memutuskan pelajar IPT perlu kekal berada di kampus atau kediaman masing-masing sehingga dimaklumkan kelak.

Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira jumlah pelajar di IPT yang berada di kampus ketika ini termasuk mungkin menyebabkan kluster baharu sekiranya berlaku pergerakan besar-besaran.

pelajar IPT ketika Perintah kawalan pergerakan

Kredit gambar: Bernama

Ismail Sabri berkata, antara yang akan dibincangkan termasuk pergerakan secara berperingkat dan keperluan untuk melakukan saringan kepada pelajar berkenaan.

“Kita faham ibu bapa dan juga pelajar IPT rasa tertekan kerana begitu lama berada di kolej atau kampus masing-masing. Ramai yang membuat rayuan ingin pulang ke kampung dan kita lihat pelajar telah berada di kampus lebih daripada 28 hari.

“Jikalau dikuarantin, bermakna sudah dua kali mereka dikuarantin, tetapi masih tidak bergejala. Oleh itu, kita akan memikirkan cara terbaik untuk membolehken mereka pulang seperti keperluan untuk membuat saringan dan kaedah pergerakan yang tidak secara serentak,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 2 Mar 2020

Firasat Ashraf Akan Meninggalkan Noah, Lukisan Noah Untuk Ashraf Sinclair Punya Maksud Tersirat?

Kehilangan Ashraf Sinclair sejak minggu lalu masih terasa di hati insan-insan terdekat. Ashraf meninggal berpunca daripada masalah komplikasi masalah jantung, kehilangannya disifatkan sebagai “mati mengejut”. Saat pemergian Ashraf, sebuah lukisan yang dilukis oleh anaknya, Noah […]

Trending Wed, 27 Jun 2018

Video of Rosmah Singing Ed Sheeran’s Perfect Going Viral

Oh, Najib also sang a couple of songs.

Trending Sun, 31 Dec 2023

Suami Amyza Aznan Sudah Sedar, Keadaan Stabil Tetapi Masih Dipantau Di ICU

Alhamdulillah, dah sedar. Semoga suami terus sihat seperti sedia kala…Amin🤲🏻

#tilljannah Sat, 7 Jan 2023

[VIDEO] Mengaku ‘Confess’ Dulu Dekat Syamel, Ramai Ingin Jadi Berani Macam Ernie Zakri

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian di platform TikTok yang memaparkan penyanyi Ernie Zakri mengaku menjadi orang pertama meluahkan perasaan terhadap suaminya, Syamel. Menurut Ernie, dia menghubungi Syamel dan meluahkan perasaannya. Walaubagaimanapun, setelah meluahkan perasaan, Ernie […]

Featured Sat, 20 Nov 2021

Kebanyakkan Rakyat Malaysia Memilih ‘123456’ Sebagai ‘Password’

Baru-baru ini kajian daripada NordPass bersama-sama dengan penyelidik bebas mendedahkan senarai 200 kata laluan yang paling biasa digunakan oleh pengguna internet di 50 buah negara untuk tahun ini. Kajian ini mendapati, seramai lebih daripada 2 […]