Categories: Trending

Kerajaan Sedia Mengkaji Kemudahan Berkerja Dari Rumah Dengan Gaji Penuh – PM

Sempena sambutan Hari Wanita 2021, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan kerajaan mengkaji kesesuaian memperluas kemudahan Berkerja Dari Rumah (BDR) bagi sektor awam dan swasta dengan gaji penuh.

 

Langkah berkenaan adalah bagi menggalakkan tanggungjawab bersama dan membolehkan wanita kekal dalam sektor pekerjaan serta meningkatkan produktiviti kerja golongan itu.

 

Tambahnya lagi, kerajaan juga mengkaji jika kemudahan BDR itu dapat dipanjangkan kepada wanita atau lelaki yang kematian pasangan, ini secara tidak langsung  membolehkan mereka menguruskan perkara berkaitan dengan urusan kematian yang lazimnya memerlukan masa yang agak lama untuk diselesaikan.

 

Malah, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menegaskan agar semua pihak memberikan perhatian kepada penyediaan persekitaran kerja yang selamat termasuklah memastikan adanya usaha-usaha pencegahan daripada berlakunya gangguan seksual dikalangan wanita.

 

“Saya menyarankan supaya Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Sumber Manusia, melihat kesesuaian pemerluasan kemudahan ini,” jelasnya.
Salma Syahbuddin