Categories: Trending

Sertai Jemaah Tabligh, Netizen Doa MK K-Clique Istiqamah, Mohon Buang Rantai Emas Yang Dipakai

Siapa sangka pemuda kelahiran Tawau Sabah yang seringkali menjadi kegilaan anak muda pada hari ini mengejutkan ramai peminatnya apabila anggota kumpulan K-Clique iaitu MK mengambil peluang untuk menyertai kumpulan jemaah tabligh di Jerantut Pahang pada Ahad.

 

MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 25, berkongsi perkara tersebut menerusi ruangan instagram miliknya menerusi sebuah foto bersama pendakwah bebas, Maulana Helmi.

 

Malah, gambar yang dimuat naik itu telahpun menerima lebih 200,000 tanda suka dari followers beliau.

 

MK juga dilihat melakukan pengajian asas agama termasuklah aktiviti-aktiviti sunnah bersama-sama jemaah tabligh yang lain. Malah, MK juga pernah menyatakan hasrat untuk mengikuti kelas terbabit sejak tiga minggu yang lalu sebelum berpeluang menyertainya walaupun hanya tiga hari sahaja.

 

Peminat doa agar MK istiqamah, minta buang rantai emas yang dipakai…

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat MK mendoakan agar penyanyi kesayangan mereka ini sentiasa istiqamah dengan jalan dipilih. Bagaimanapun, ada juga segelintir daripada peminat meminta agar MK tidak lagi memakai barangan kemas seperti rantai emas miliknya.

 

 

Terdahulu, MK pernah dikritik kerana tampil dengan sebuah video tiktok yang dimuat naik di laman instagram miliknya dengan memakai gelang dan cincin emas.

 

Salma Syahbuddin