Categories: FeaturedTrending

“Saya Hampir B*nuh Diri..” – Meghan Markle Dedah Kisah Sebenar Keluarga Diraja Britain

Dalam satu temubual eksklusif bersama Oprah Winfrey, pasangan Putera Harry dan Meghan Markle mendedahkan kisah sebenar sewaktu menyertai keluarga diraja Britain.

Meghan Markle, isteri kepada Puteri Harry mendakwa dia hampir membunuh diri kerana tidak mampu menghadapi tekanan dan layanan yang bersifat perkauman.

” Saya ada berfikir untuk menamatkan kehidupan sendiri, dan perkara itu sangat jelas dan menakutkan” jelasnya lagi.

Malah, menurut Meghan lagi keluarga diraja Britain enggan memberi gelaran Putera kepada anaknya, Archie kerana bimbang dengan warna kulit bayi lelaki tersebut.

Temubual eksklusif itu menjadi perbincangan hangat media antarabangsa selepas Putera Harry dan Meghan keluar daripada institusi keluarga Diraja Britain secara rasmi.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”