Bantuan RM 1,000 Akan Diberikan Menerusi MyKasih Kapital

Dalam ucapan sempena Hari Wanita Sedunia, perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan kerajaan akan memberikan bantuan buat gologan yang terjejas.

Menurut beliau lagi, menerusi MyKasih Kapital bantuan modal maksimum sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada sekurang-kurangnya 2,000 orang penerima yang berkelayakan.
Beliau berkata inisiatif adalah suntikan modal perniagaan contohnya dalam bidang e-dagang ataupun dropship.

Katanya, langkah itu seiring menyokong pemerkasaan negara khususnya dalam fasa pemulihan negara akibat pandemik COVID

Beliau berkata demikian ketika merasmikan sambutan Hari Wanita Peringkat Kebangsaan yang berlangsung secara maya di laman Facebook Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), hari ini.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”