Categories: Trending

Kerana Minat, Suami Sanggup Bunuh Isteri

Dineshwar Budhiat telah bertindak kejam dengan menikam isterinya sehingga mati gara-gara terlampau meminati pelakon Bollywood, Hrithik Roshan sehingga membuatkan beliau cemburu.

Kejadian tragis yang berlaku di Amerika Syarikat itu nyata mencuri perhatian netizen apabila, Dineshwar Budhiat mengambil tindakan menggantungkan diri disebuah pokok berhampiran rumahnya.

Menurut laporan The Sun, Donne Dojoy, 27, iaitu mangsa dikatakan sangat meminati lakonan dan tarian aktor ini sehingga membuatkan suaminya cemburu. Malah menurut rakan sekerja mangsa yang dikenali sebagai Mala Ramdhani, mangsa sebelum ini pernah mengadu kepadanya setiap kali beliau mendengar atau menonton filem Hrithik Roshan di rumah,  suaminya itu akan meminta mangsa menukar siaran lain. 

Manakala sumber polis yang menjalankan siasatan mendapati, Budhidat telah menghantar satu pesanan ringkas kepada adik iparnya memaklumkan beliau telah membunuh mangsa dan sempat memberitahu kunci apartment rumahnya berada di bawah pasu. 

Sebelum kejadian, mangsa baru sahaja berpindah keluar dari rumah yang didiaminya bersama suami dan singgah di apartment beliau untuk menonton filem dan meluangkan masa bersama. 

Selain itu, Daily Mail juga melaporkan Budhidat pernah menampar dan mencekik mangsa pada Ogos lalu. Dan, semenjak daripada itu, Dojoy mempunyai perintah perlindungan terhadap suaminya. 

” Dojoy sering menceritakan kepadanya bahawa Budhidat kerap mendera, memukul, mengawal tingkah lakunya serta pernah mengugut untuk membunuhny. Tetapi, Dojoy tidak pernah menganggap perkara itu adalah serius kerana dia terlalu sayangkan suaminya itu” Katanya.

Mangsa juga dikenali sebagai seorang wanita yang sangat rajin bekerja untuk mencari wang dan menyebabkan selalu berasa insecure terhadap isterinya itu.

Salma Syahbuddin