Categories: Trending

Kes ‘Van Putih’ Hanya Rekaan Pelajar

Gempar satu Malaysia bila kes ‘Van Putih’ kini ligat mencari mangsa culik di kalangan kanak-kanak! Salah seorang yang kononnya hampir menjadi mangsa culik Jumaat lalu tampil membuat laporan Polis. Alamak dik, kalau betul-betul jadi nanti macam mana?

Pelajar lelaki Tingkatan Satu yang mendakwa diculik tiga lelaki menaiki van putih ketika menunggu bas sekolah di hentian Taman Pandan Indah, dekat sini pada Jumaat lalu, hanya mereka-reka cerita.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias, berkata hasil siasatan mangsa mengaku mengadakan cerita kerana tertekan disuruh untuk menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan mengurangkan bermain.

“Tujuan pengadu mereka-reka cerita kerana tertekan tidak dibenarkan banyak bermain sebaliknya, perlu tumpukan perhatian pada pelajaran.

“Di sini, saya ingin menasihatkan kepada orang ramai supaya tidak cepat menyebarkan cerita yang tidak tentu kesahihannya kerana ia boleh menimbulkan kegusaran kepada masyarakat,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Tambah beliau, mangsa turut menarik semula laporan yang dibuat di Balai Polis Pandan Indah.

Sumber: BH Online

SGMS Putri