Categories: Trending

Ketahui Kadar Zakat Dan Cara Pembayaran Zakat Sepanjang PKP

Menunaikan zakat fitrah menjadi kewajipan buat semua Islam apabila tibanya Hari Raya Aidilfitri. Walaupun negara kini berdepan dengan pandemik dan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun hukum membayar zakat fitrah tetap wajib ditunaikan oleh setiap umat Islam yang berkemampuan.

Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik di laman Facebook, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) hari ini telah menyenaraikan kadar zakat dan kaedah pembayaran zakat sepanjang perintah kawalan pergerakan,

Kadar zakat dan kaedah pembayaran zakat

Setiap kawasan dan negeri mempunyai kadar zakat yang berbeza. Justeru, anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kadar zakat di setiap negeri dan kaedah pembayaran zakat melalui kenyataan di bawah :

Selain menjadi suatu kewajipan, zakat fitrah juga mampu membantu golongan asnaf yang memerlukan. Semoga kita sentiasa bersyukur dengan nikmat Tuhan dan sentiasa beringat bahawa dalam rezeki kita terdapat rezeki orang lain.

Semoga dengan terlunasnya kewajipan ini sekaligus dapat membantu sesama saudara Islam yang lain dan semoga kita semua terus dikurniakan limpahan rezeki yang halal.

Sumber: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”