Air Asia Umum Penerbangan Beroperasi Semula 29 April Ini

Syarikah penerbangan tambang rendah, AirAsia mengumumkan akan menyambung semula operasi penerbangan laluan domestik.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, penerbangan domestik akan beroperasi semula bermula dengan Malaysia pada 29 April ini, diikuti oleh Thailand dan Filipina pada 1 Mei, India (4 Mei) dan Indonesia (7 Mei).

Manakala, penerbangan ke destinasi antarabangsa akan beroperasi secara berperingkat sekiranya situasi bertambah baik dan sekatan PKP ditamatkan.

Walaubagaimanapun, penyambungan semula penerbangan adalah tertakluk kepada kelulusan kerajaan negara berkenaan.

Kredit foto: Google

“Penerbangan yang tersedia boleh ditempah melalui laman web airasia.com dan aplikasi mudah alih sekarang. Pelanggan juga boleh menggunakan akaun kredit mereka untuk menebus penerbangan ini.

“Maklumat lanjut mengenai laluan-laluan lain dan jadual penerbangan akan diumumkan dalam beberapa minggu akan datang, tertakluk kepada kelulusan kerajaan,” ujar Presiden (Syarikat Penerbangan) Kumpulan AirAsia, Bo Lingam dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi laman webnya hari ini.

Syarikat penerbangan itu juga berjanji akan mematuhi semua langkah pencegahan dan paduan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) untuk memastikan standard tertinggi dalam setiap penerbangan.

Dalam pada itu, para penumpang turut dinasihatkan untuk mengamalkan langkah perlindungan yang disyorkan secara universal termasuk memakai topeng muka, penjarakan sosial dan menjaga kebersihan diri.

Sumber: airasiacabibcrew

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”