Tahniah! ‘Frontliners’ Malaysia Kini Diiktiraf Dunia

Tahniah kepada wira negara kita!

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan penghargaan kepada kesemua petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

Sumber : Facebook

Menerusi sidang video bersama petugas kesihatan di Hospital Sungai Buloh, Muhyiddin menyifatkan pengiktirafan itu adalah hasil daripada peranan yang dipertanggungjawabkan oleh kesemua ‘frontliners’ sehingga mendapat pengiktirafan dunia.

“Saya sampaikan kepada mereka yang dunia kini mengiktiraf keupayaan negara dalam menangani penularan Covid-19. Ini semua adalah kerana peranan yang dimainkan oleh mereka dan semua barisan hadapan dalam menjayakan langkah yang diambil kerajaan

“Kita adalah antara yang terbaik di dunia! Namun, saya ingatkan bahawa perjuangan belum berakhir. Masih banyak yang perlu kita lalui,” Katanya.

Sumber : Facebook

Sidang video itu turut disertai Pengarah Hospital Sungai Buloh Dr Kuldip Kaur, Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit Dr Yasmin Mohamed Gani dan 7 anggota perubatan di pelbagai peringkat.

Tambahnya lagi, beliau turut berasa gembira apabila mengetahui petugas barisan hadapan kini sudah mempunyai masa untuk bertemu ahli keluarga masing-masing.

Pada sidang video itu, Muhyiddin turut dimaklumkan bahawa bekalan peralatan perlindungan diri (PPE) di hospital kini mencukupi berbanding pada peringkat awal kes Covid-19 dikesan dahulu.

Untuk mengetahui berita terkini mengenai Covid-19, jangan lupa saksikan Buletin Utama, jam 8 malam hanya di TV3.

Salma Syahbuddin