9 Fakta Kes Berkaitan Tragedi Hitam Isteri Dibunuh Suami Sehari Sebelum Raya Akibat Dedah Curang

Sambutan hari raya Aidilfirtri yang seharusnya diraikan penuh meriah dan kegembiraan, bertukar menjadi tragedei hitam buat seorang suri rumah apabila dipukul sehingga maut oleh suaminya.

Kejadian merobek hati yang berlaku antara 12 tengah malam hingga 3.30 pagi pada 1 Mei lalu di Cheras difahamkan brelaku gara-gara dia mendakawa suaminya, seorang mekanik mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berikut sepuluhu fakta kejadian;

1. Polis menerima laporan daripada pegawai perubatan Hospital Kajang pada jam 9.16 pagi Ahad lalu berhubung mangsa yang dihantar dalam keadaan tidak sedarkan diri.

2. Mangsa, Siti Nadirah Mohd Nazul, 28, berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dihantar oleh suaminya bagi mendapatkan rawatan segera, namun disahkan meninggal dunia.

3. Siasatan mendapati terdapat kesan lebam pada beberapa anggota badan mangsa dan pegawai perubatan berkenaan memaklumkan kematian tersebut mencurigakan sebelum bertindak melaporkan kepada pihak polis.

4. Hasil bedah siasat mendedahkan punca kematian adalah kecedaraan di abdomen, akibat hentakan kuat dengan menggunakan senjata tumpul.

5. Mangsa telah dipukul dengan menggunakan kaki, tangan dan senjata tumpul sehingga menyebabkan kematian.

6. Motif pembunuhan adalah suspek marah dengan mangsa kerana mangsa telah memuat naik di media sosial Facebook yang mendedahkan hubungan sulit suspek.

7. Kes telah dirujuk ke kamar Timbalan Pendakwa Raya Selangor dan keputusan mendapati suspek, Mohd Syawalludin, 28 mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan.

8. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu memperuntukkan hukuman mati, jika disabit kesalahan.

9. Mahkamah menetapkan 14 Jun ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Artikel Berkaitan: Mekanik Bunuh Isteri Sehari Sebelum Hari Raya Aidilfitri Bakal Berdepan Hukuman Mati

Aqilah Paharuzi