Categories: HiburanTrending

Genap 7 Hari… Mira Filzah & Suami Perkenalkan Anak Sulung, Wan Khair Amir

Genap tujuh hari menerima kehadiran cahaya mata, pelakon cantik Mira Filzah mendedahkan nama anaknya.

Menerusi kemas kini terbaharu di laman Instagram, Mira dan suami, Wan Emir Astar memperkenalkan Wan Khair Amir.

Memuat naik foto bersama bayi dalam persalinan sedondon rona biru lembut, pasangan suami isteri ini juga membuka akaun Instagram untuk anak mereka, @wankhairamir

“Hari ini hari ke-7 bersama putera tersayang kami. Dengan rasa penuh keinsafan dan kesyukuran, kami menamakan putera kami — Wan Khair Amir bin Wan Emir Astar.

“Khair membawa makna ‘baik, elok’, juga diambil daripada nama arwah Papa (Wan Mohammad Khair-il Anuar).

“Amir pula bermaksud ‘orang yang memegang perintah, pemimpin’, juga diambil sebagai variasi daripada nama kami berdua Emir dan Amirah,” tulis mereka di ruangan kapsyen.

Putera sulung Mira dan Emir juga telah ditahnik oleh pendakwah popular, Ustaz Don Daniyal.

“Alhamdulillah, ibadah tahnik dan bercukur juga selamat dilaksanakan, jazakkallahu khairan
buat Ustaz Don Daniyal kerana meluangkan masa untuk bersama kami dalam majlis keluarga ini.

“Moga sunnah Rasulullah SAW terus hidup dan mekar dalam setiap langkah kehidupanmu wahai putera kami,” tulis mereka lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Mira Filzah Selamat Melahirkan Bayi Lelaki – “Alhamdulillah, Putera Kami & Ibunya Sihat Wal’afiat”

Di ruangan komen, peminat serta rakan selebriti turut sama-sama mengucapkan tahniah kepada Mira dan Emir serta mendoakan kesejahteraan keluarga kecil mereka.

Mendirikan rumah tangga dengan Emir pada 2 September 2020, Mira selamat melahirkan cahaya mata sulung pada 10 Mei lalu.

Padin