“99 Peratus Rakyat Malaysia Fokus Kat Dia…” – Keeper KL City Curi Tumpuan, Netizen Ramai ‘Patah Hati’

Kemenangan pasukan Kuala Lumpur City (KL City) pada Piala Malaysia semalam ternyata mencuri perhatian seluruh rakyat Malaysia.

Malah, tumpuan itu bukan sahaja kepada persembahan yang dipamerkan oleh pasukan KL City tetapi juga kepada ‘Keeper’ nya iaitu, Kevin Ray Mendoza Hansen yang dilihat beraksi cemerlang dalam menghalang hantaran berbahaya daripada pihak lawan.

Namun, lain pula ceritanya buat penyokong wanita apabila ketampanan pemuda berasal dari Denmark ini yang menjadi tumpuan mereka sehinggakan rata-rata daripada mereka mengakui hanya fokus kepada pemuda berusia 27 tahun ini.

Maka tidak hairanlah jika perkongsian seorang pengguna media sosial TikTok yang dikenali sebagai @nyominyoms itu mendapat perhatian sehingga di tonton lebih dari 800,000 kali.

“Dah lah aku fokus kat dia je…”

Bagaimanapun, rata-rata penyokong wanita negara dilihat sedikit kecewa dan berpatah hati apabila mengetahui bahawa Kevin sudah pun berpunya.

Salma Syahbuddin