Categories: Kisah ViralTrending

Aktres Filem Air Terjun Pengantin Meninggal Dunia Selepas Prosedur Sedut Lemak

Ahli keluarga kepada Allahyarham pelakon Nanie Darham bertegas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab atas kematiannya.

Memetik laporan mStar, kakak kepada Nanie, Indrie berpendirian tegas untuk menuntut keadilan sekaligus mahukan pihak yang terlibat dikenakan hukuman setimpal.

“Kami mahu meneruskan tindakan, pasti ada hukuman terhadap pesalah yang terlibat dalam kes ini. Saya akan perhatikan kes ini sehingga selesai,” ujarnya.

Untuk info, Nanie meninggal dunia pada 21 Oktober lalu selepas melakukan pembedahan menyedut lemak (liposuction) di sebuah klinik di Jakarta, Indonesia.

Nanie yang merupakan pelakon filem Air Terjun Pengantin ini telah menghembuskan nafas terakhir pada umur 37 tahun dan baru bersalin kepada anak kedua yang kini berusia dua bulan.

Pihak polis turut menjalankan siasatan lanjut terhadap klinik yang melakukan prosedur tersebut sedangkan ia tindakan bahaya bagi wanita selepas bersalin.

Susulan itu, siasatan dijalankan terhadap 11 orang saksi termasuk doktor yang menjalankan pembedahan serta kakitangan klinik berkenaan.

Difahamkan, pihak klinik tersebut setuju untuk membuat prosedur walaupun pakar mencadangkan untuk melakukannya selepas enam bulan Nanie bersalin anak keduanya.

Kematian Nanie juga diklasifikasikan sebagai satu bentuk penyelewengan dalam amalan perubatan.

Sumber: mStar

Atiqah Johari