Bakal Menemui Penonton 28 Julai Ini, Ini Fakta Menarik The Doll 3

Filem seram The Doll 3 akan mula ditayangkan pada 28 Julai 2022 di seluruh pawagam di Malaysia. Menariknya, filem tersebut menampilkan patung seram yang dihasilkan dengan menggunakan konsep animatronics.

Penggunaan animatronics menjadikan patung lebih kelihatan nyata dan seram.

Hal ini sangat berbeza dengan gerakan patung yang ada di filem The Doll dan The Doll 2. Dalam The Doll, patung hanya duduk sahaja dan di sekuel The Doll 2, ia hanya dapat menggerakkan mata. Lain halnya di The Doll 3, patung dapat berkata-kata serta bergerak dan ini membuatkan suasana seram lebih dapat dirasakan.

Filem ini berkisarkan dua adik beradik iaitu Tara dan Gian yang telah kehilangan ibu dan bapa akibat kemalagan. Kini Tara hanya memiliki Gian, adik lelakinya sebagai satu-satunya keluarganya. Tapi Gian yang mengalami trauma akibat kecelakaan itu, suatu hari membunuh diri. Tara sangat sedih.

Filem ini berkisarkan dua adik beradik iaitu Tara dan Gian yang telah kehilangan ibu dan bapa akibat kemalagan.

Kini Tara hanya memiliki Gian, adik lelakinya sebagai satu-satunya keluarganya.

Namun, Gian mengalami trauma akibat kecelakaan itu dan pada suatu hari, Gian akhirnya membunuh diri dan membuatkan Tara sangat sedih.

Tara tidak merelakan kematian Gian dan mengalami depresi serta mengasingkan diri dari semua orang sehingga hubungannya dengan Aryan, tunangnya merenggang dan perancangan pernikahan mereka juga tertunda.

Tara menginginkan Gian untuk kembali hidup bersamanya lagi. Tara meminta seorang bomoh untuk memanggil arwah Gian dan arwah Gian pun akhirnya hidup di sebuah patung milik Gian yang bernama Bobby.

Patung Bobby pun jadi boleh bergerak seperti manusia. Tara sangat bahagia dan kembali semangat menata hidupnya lagi. Hubungannya dengan Aryan dan Mikha, anak Aryan pun membaik. Mereka juga akhirnya boleh meneruskan pernikahan mereka.

Tapi Gian (dalam patung Bobby) yang selalu bersikap manis pada Tara, ternyata tidak menyukai Arian dan Mika. Dia mulai melakukan hal-hal yang membahayakan bagi Aryan dan Mikha, mencuba membuat mereka cedera sampai mereka hampir mati.

Gian melakukan semua ini kerana takut Tara akan meninggalkannya setelah menikah dengan Aryan dan menjadi ibunya Mikha. Gian juga semakin tak terkawal kerana siapapun yang sudah mati bunuh diri tidak akan pernah sama jika dipanggil kembali ke dunia ini. Gian sudah terpengaruh dengan kuasa negatif dari alam kematian.

Tara ketakutan. Dia cuba minta tolong ke bomoh tapi Gian membunuh bomoh itu. Rere, sahabat Tara menghubung Laras dan Reynard, dua paranormal yang kemudian memberi petunjuk pada Tara bagaimana caranya menghentikan Gian. Dapatkah Tara menghentikan Gian? Akankah Aryan dan Mikha selamat dari ancaman Gian?

Jangan lupa saksikan The Doll 3 di pawagam terdekat anda bermula 28 Julai ini!

Afiq Kandi