[VIDEO] “Ini Bukan ‘Revenge Body’” – Rossa Sera Nafi ‘Makan Hati’ Punca Susut 11 Kg

Isteri kepada pelawak Shuk Sahar, Rossa Sera menafikan penurunan berat badan yang mencecah sebanyak 11 kilogram (kg) adalah berpunca daripada ‘makan hati’ kerana isu keretakan rumah tangga yang dilalui sejak setahun lalu.

Sera berkata, punca berat badan menurun daripada 60 kg ke 49 kg kerana dia mempunyai masa yang banyak untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada penampilan diri.

“Sebelum ini saya ambil produk keluaran Inayah Beauty, berat saya 69 kg. Kemudian selepas dua bulan berat saya turun 11 kg. Berat saya sekarang 49 kg dan saya hanya mahu kekalkan berat ini saja.

“Saya mempunyai lebih masa untuk diri sendiri. Jadi, saya ambil peluang yang ada ini untuk menjaga makan, diri dan penampilan.

“Saya turunkan berat badan ini bukanlah sebab makan hati. Kalau nak kata soal makan hati, perkara itu dah lama saya rasa jadi mesti dah kurus dari dulu lagi,” jelasnya.

Sementara itu, Sera turut menegaskan penampilan terbaru ini bukanlah untuk membalas dendam terhadap kontroversi yang melanda dirinya.

“Saya buat ini juga untuk memberi semula keyakinan kepada diri, tapi ia bukanlah ‘revenge body’.

“Tipulah kalau saya cakap nak kurus ini bukan disebabkan apa yang terjadi sebelum ini.

“Tapi saya nak buktikan bahawa saya boleh bangkit semula tanpa memerlukan dia di sisi. Saya boleh saja nak jadi macam dulu,” ujarnya.

Sara ditemui ketika majlis pelancaran produk kosmetik Inayah Beauty di Avante Hotel, Bandar Utama pada Isnin.

Disoal mengenai perasannya apabila dilantik sebagai wajah produk tersebut, Sera berkata dia sangat bersyukur atas rezeki yang dikurniakan-Nya.

“Sebenarnya sudah lapan bulan saya dengan jenama ini sebab saya memang menggunakan produk ini dan hasilnya sangat bagus,” katanya lagi.

Terdahulu, Sera mengakui masih mempunyai perasaan cinta dan sayang terhadap Shuk namun dia berkata masih belum bersedia untuk memberi peluang kedua.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Masih Sayang & Cinta Dia, Tapi…” – Rossa Sera Belum Sedia Beri Peluang Kedua

Aqilah Paharuzi